DATOK MAHAGURU CABAR SAMSENG TELUK INTAN
EKORAN pelbagai yang terjadi semasa kempen
Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31 Mei ini,
seperti pembabitan geng kongsi gelap, menconteng poster calon dengan perkataan ‘bodoh’,
menyiarkan foto seksi yang kononnya calon dan beberapa perkara yang lain, Datok
Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang juga Presiden Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia
dan Selendang Merah Teluk Intan, hari ini mencabar kumpulan samseng yang ‘bermain
api’ di Teluk Intan agar bersemuka dengannya.
“ Saya hari ini mencabar geng samseng Teluk
Intan agar bertemu dengan saya sekiranya mereka benar-benar nak buat kacau di
Teluk Intan. Saya sebagai anak jati Teluk Intan merasa malu kerana pembabitan
geng samseng dalam pilihanraya kali ini,”
“ Bukan saya seorang yang malu, orang-orang
Teluk Intan yang lain juga rasa marah kerana mereka kacau bilaukan PRK Teluk
Intan,” ujar Datok Mahaguru ketika ditemui.
Datok Mahaguru tampil memberi amaran ini
kerana terlihat beberapa peristiwa seperti menconteng perkataan ‘bodoh’ di
poster calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan kempen kotor menghina calon
DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan gambar-gambar seksi.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Dato’
Seri Zahid Hamidi juga memberi amaran kepada kumpulan samseng atau kongsi gelap
kerana mengambil kesempatan pada PRK Teluk Intan ini.
"Jangan ugut orang, jangan cuba campur
tangan dalam politik. Saya tahu muka mereka, saya tahu nama mereka, saya tahu
mereka duduk di mana dan lari ke mana.
"Saya tahu juga ada yang sedang buka pusat judi untuk 31 hari bulan ini. Saya bukan sekadar beri amaran. Saya tahu macam mana nak lakukan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama penduduk di Teluk Intan malam tadi.
"Saya tahu juga ada yang sedang buka pusat judi untuk 31 hari bulan ini. Saya bukan sekadar beri amaran. Saya tahu macam mana nak lakukan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama penduduk di Teluk Intan malam tadi.

