Wednesday, 28 May 2014



DATOK MAHAGURU CABAR SAMSENG TELUK INTAN

EKORAN pelbagai yang terjadi semasa kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31 Mei ini, seperti pembabitan geng kongsi gelap, menconteng poster calon dengan perkataan ‘bodoh’, menyiarkan foto seksi yang kononnya calon dan beberapa perkara yang lain, Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang juga Presiden Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia dan Selendang Merah Teluk Intan, hari ini mencabar kumpulan samseng yang ‘bermain api’ di Teluk Intan agar bersemuka dengannya.
“ Saya hari ini mencabar geng samseng Teluk Intan agar bertemu dengan saya sekiranya mereka benar-benar nak buat kacau di Teluk Intan. Saya sebagai anak jati Teluk Intan merasa malu kerana pembabitan geng samseng dalam pilihanraya kali ini,”
“ Bukan saya seorang yang malu, orang-orang Teluk Intan yang lain juga rasa marah kerana mereka kacau bilaukan PRK Teluk Intan,” ujar Datok Mahaguru ketika ditemui.
Datok Mahaguru tampil memberi amaran ini kerana terlihat beberapa peristiwa seperti menconteng perkataan ‘bodoh’ di poster calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan kempen kotor menghina calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan gambar-gambar seksi.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Zahid Hamidi juga memberi amaran kepada kumpulan samseng atau kongsi gelap kerana mengambil kesempatan pada PRK Teluk Intan ini.
"Jangan ugut orang, jangan cuba campur tangan dalam politik. Saya tahu muka mereka, saya tahu nama mereka, saya tahu mereka duduk di mana dan lari ke mana. 
"Saya tahu juga ada yang sedang buka pusat judi untuk 31 hari bulan ini. Saya bukan sekadar beri amaran. Saya tahu macam mana nak lakukan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama penduduk di Teluk Intan malam tadi. 

No comments:

Post a Comment